Penaja

info

Thursday, September 8, 2011

Adakah sama menyimpan emas dengan melabur emas?

Dziauddin 
Ada yang bertanya saya tentang pelaburan emas. Seorang pensyarah UiTM Johor bertanyakan tentang pelaburan dinar Iraq. Dia menyatakan ada seseorang ‘approach’nya lalu mendakwa kononnya dinar Iraq sekarang ‘undervalue’ sebab berlaku peperangan. Apabila keadaan kembali reda dan tenang di Iraq, ‘value’nya nanti akan naik mendadak dan tatkala itu pembeli (pelabur) dinar Iraq akan bersorak kegirangan menuai hasil lumayan dengan untung berlipat kali ganda. Begitulah hujah lazim yang seringkali merobek kebanyakan hati-hati kita yang sering mendambakan keuntungan atas angin. Namun, hakikatnya itu semua tidak akan berlaku. Untuk melayani karenah skim pelaburan sebegini, seseorang perlulah kembali kepada fundamental ilmu dengan kembali membuat rujukan tentang ilmu pelaburan terutamanya yang berkaitan dengan hukum agama. Saya tidaklah berniat untuk mengulas panjang tentang isu dinar Iraq ini kerana jelas dinar Iraq adalah bukan komoditi atau barangan yang boleh dijualbeli tetapi hanyalah wang kertas semata-mata. Justeru, pelaburan dinar Iraq telah tidak “shariah compliance” atau tidak patuh shariah pada peringkat pertama lagi. Jadi tak usahlah kita nak bersusah-susah untuk mem’predict’ dari sudut ekonomi pula. Apa yang pasti, Iraq masih lagi tidak reda walaupun kerajaan baru bersilih ganti.

Apa yang saya nak kongsikan di sini adalah proses memuhasabah semula segala tindakan kita yang mungkin tidak selari dengan hukum-hukum shariah yang berkaitan dengan pelaburan emas. Saya nak kemukakan persoalan ini untuk sama-sama kita renungi:
Adakah kita menyimpan emas atau melabur emas?

Ini adalah persoalan yang penting kerana kebanyakkan kita membeli emas dengan tujuan yang berbeza. Persoalannya ialah mana satukah yang betul? Simpan emas atau labur emas? Menyimpan emas tiada masalah, yang menjadi masalah apabila tak bayar zakat sedangkan cukup nisabnya. Sedangkan melabur emas harus mempunyai pendetilannya seperti untuk apa melabur emas? Adakah untuk mendapatkan keuntungan dalam bentuk duit semula hasil dari kenaikan harga emas?

Apabila ditanya kenapa beli jongkong emas? Mereka kata ‘value’ emas stabil dan semakin naik harganya. Ini memang jawapan lazim. Terus terang saya katakan bahawa saya bukanlah anti terhadap aktiviti pembelian emas dan tidak salah membeli jongkong emas atau dinar emas malah saya menggalakkan mereka untuk menyimpan emas, tetapi apabila membeli dengan tujuan untuk menjual semula (justeru dapat keuntungan dalam bentuk duit), maka di situ ada terdapat elemen ‘ihtikar’ atau sorok kerana si pembeli jongkong bukan tujuan menyimpan untuk kegunaan sendiri atau kecemasan di masa mendatang (dan memang pun jongkong/coin bukan tujuan penggunaan, melainkan ianya diubah bentuk kepada barang kemas), tetapi lebih kepada menyimpan jongkong dengan tujuan menjualnya semula pada harga yang tinggi. Ini tidak ubah seperti membeli beras dengan banyak lalu menyimpannya dengan bertujuan untuk menjualnya semula pada harga yang tinggi. Mereka bukan membeli beras dengan tujuan untuk penggunaan tetapi untuk menjual semual beras tersebut pada harga yang tinggi lalu mendapat keuntungan daripadanya. Fenomena seperti ini adakah layak dipanggil aktiviti pelaburan? Sudah tentu janggal rasanya apabila dipanggil pelaburan beras tetapi yang layak adalah aktiviti MENYOROK BERAS!. Namun itulah yang sering berlaku di dalam , masyarakat kita berkaitan transaksi emas yang mereka panggil sebagai pelaburan emas.

Semestinya terdapat ‘arguement’ terhadap pandangan saya ini kerana mereka merasakan jika tidak buat sebegitu sampai bila orang Melayu tidak boleh berniaga emas yang sekarang dimonopoli oleh kaum cina dan sampai bila-bila juga orang Melayu tidak termotivasi untuk memiliki emas. Justeru apa jalan penyelesaiannya?

Mari kita lihat daripada perspektif Islam. Dalam Islam, pelaburan adalah berdasarkan prinsip mudharabah dan musyarakah. Ini kerana, Islam menekankan konsep kerjasama dan sama-sama menanggung risiko dan sama-sama berjaya bila perniagaan mendapat keuntungan. Pelaburan pula bukanlah satu aktiviti mendapatan keuntungan atas angin sebagaimana yang berleluasa sekarang, tetapi ialah adalah satu bentuk aktiviti kerjasama antara pemodal, pemilik modal, rakan kongsi, usahawan dan lain-lai yang terlibat di dalam menggemblengkan asset-aset modal. Aset-aset modal inilah yang perlu dipikul bersama oleh pihak-pihak yang terlibat di dalam kontrak mudharabah mahupun musyarakah itu tadi supaya beroleh keuntungan. Ia bukannya semudah A, B, C atau semudah atas angin. Memang benar Islam membenarkan komisyen di atas setiap transaksi tetapi Islam tidak membenarkan ihtikar iaitu menyimpan sesuatu untuk menjualnya semula pada harga yang mahal.

Kenapa tidak boleh? Jawapannya mudah kerana ia akan menyebabkan sesuatu perniagaan itu akan runtuh kerana harga tidak selamanya akan terus naik apatah lagi kenaikan itu berlaku dalam masa yang singkat. Apabila kenaikan harga ini berterusan, dalam masa yang sama nilai wang pula akan jatuh mendadak dan ini mendekatkan ekonomi kepada fasa keruntuhan atau dalam istilah ekonomi dipanggil ‘boom period’. Sewajibnya harga terus stabil untuk melayakkan system ekonomi itu kekal mapan.

Jadi untuk melayakkan pelaburan emas itu menjadi “syariah compliance” terlebih dahulu emas itu ditukar menjadi barangan kemas kerana hanya dengan barangan kemas, barulah pembeli akan membeli dengan tujuan penggunaan bukan untuk jual balik. Tetapi memang ada orang yang beli barang kemas dengan niat untuk jual balik namun harus diingat mereka menjual apabila keadaan mendesak sahaja seperti tidak cukup wang untuk membeli makanan dan pakaian sebagai contoh. Maka dari situ barulah timbul konsep ar-Rahn seperti mana Rasulullah menggadaikan baju besi kepada orang yahudi ketika itu untuk membeli makanan.

Bolehkah dinar dijualbeli?

Jawapannya sudah tentu tidak. Walaupun ianya emas 999 atau emas 916 ianya masih tidak boleh kerana dinar adalah matawang. Matawang tidak boleh dijualbeli. Ia hanya bertindak sebagai ‘medium of exchange’. Namun, ada yang berhujah, dinar sekarang bukannya matawang justeru ia kekal sebagai komoditi. Memang betul, tapi jika seseorang datang kepada saya hendak membeli kambing dengan dinar yang dia ada, adakah saya akan menolak? Sudah tentu tidak dan tanpa ragu saya akan terima dinar tersebut kerana saya tahu dinar lebih bernilai daripada ringgit. Nah, adakah ianya bukan matawang laggi dalamkeadaan itu? Ianya memang boleh dijadikan matawang dan seharusnya yag lain menyokong penggunaan dinar atau setidak-tidaknya meminimakan penggunaan wang kertas yang semakin hilang fungsi wangnya itu. Malah jika kita lihat di jakarta, ramai peniaga di sana misalnya telah bertransaksi dengan dirham dan dinar malah di sana terdapat pasar dan kedai yang boleh menerima dinar dan dirham.

So, adakah wujud pelaburan emas?

Tidak salah membuat pelaburan dalam emas. Caranya ialah kita mesti perlu memahami konsep pelaburan itu sendiri iaitu menjana modal terhadap kos-kos modal dengan tujuan untuk memperolehi keuntungan. Sebagai contoh, menjual barangan kemas kepada pengguna atau membuka kedai emas sendiri atau membantu rakan-rakan membuka perniagaan barangan-barangan emas. Sukar? Sudah tentu tetapi itulah yang telah dibuat oleh peniaga-peniaga emas sekarang. Tiada jalan singkat untuk berjaya.



Orang bermatian untuk mendapatkan emas namun manpulasi emas bakal memusnahkan industri ini.






http://dziauddin.blogspot.com/2011/09/samakah-antara-menyimpan-emas-dan.html
Ihsan : 

No comments:

Post a Comment