10 Langkah Untuk Bebas Hutang
Hutang kini menjadi satu penyakit berjangkit yang paling bahaya dalam masyarakat kita. Kerana hutang ramai yang hidup dalam tekanan, berserabut dan paling teruk ramai yang muflis kerananya.
Menurut kajian, hutang isi rumah yang dicatat berjumlah RM577 bilion berdasarkan statistik bulanan Bank Negara Malaysia merangkumi bebanan pinjaman kereta (RM118 bilion), pinjaman perumahan (RM225 bilion) dan pinjaman peribadi (RM22 bilion) selain anggaran hutang kad kredit (RM200 bilion).
Berita baik sekarang saya akan berkongsi dengan anda bagaimana cara untuk bebas dari hutang! Oleh itu anda mempunyai duit lebih untuk menikmati hidup yang lebih baik. Bila dah ada duit lebih barulah boleh mula simpan untuk membuat pelaburan emas pula.
Saya ada sistem sendri bagaimana untuk ‘menyerang’ hutang ini. Biasanya sistem yang mudah adalah yang terbaik. Dan saya rasa ianya termasuk cara melenyapkan hutang. Dalam masa beberapa tahun saya telah mencubanya dan ia berkesan pada saya,dan sepatutnya untuk anda juga .
Anda perlu kuatkan semangat untuk mengikuti 10 langkah bebas hutang yang berikut. Dan matlamat anda untuk bebas daripada hutang pasti akan tercapai jika anda benar-benar komited untuk menyelesaikan segala hutang kad kredit, rumah, peralatan rumah dan sebagainya.
1. PERIKSA rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan. Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada. Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan anda, walaupun untuk membeli goreng pisang makcik Timah. Akhirnya, anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit. Saya telah mencubanya dan memang anda akan terkejut.
2. KIRAKAN jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.
3. TULISKAN senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa masukkan sekali ansuran rumah. Telefon bank jika anda tidak pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemas kinikan rekod senarai hutang ini)
4. BUAT SENARAI pembayaran minima yang perlu anda lakukan setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2000 setiap bulan.
5. TENGOK BAKI yang perlu anda bayar, dengan anggapan bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.
6. SENARAIKAN hutang anda supaya hutang yang sedikit diatas sekali, dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupa senaraikan semua hutang anda. Contohnya:
1) Hutang TV RM3000
2) Hutang kad kredit RM5,000
3) Hutang kereta RM50,000
4) Hutang rumah RM100,000
7. SERANG HUTANG: Sekarang anda perlu ‘MENYERANG’ untuk membayar hutang yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu (tv?) dan akhir sekali hutang yang agak besar, contohnya kereta atau rumah.
8. PRINSIP 10%: Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima hutang yang perlu anda bayar setiap bulan iaitu RM2000. Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10% daripada jumlah tersebut, iaitu RM200!
9. GANDAKAN: Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang, kurangkan RM200 daripada perbelanjaan, dan simpan untuk membayar hutang. Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini. Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti. Jika anda berusaha, pastinya anda temui jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.
10. BEBASKAN: Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum ini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). Apabila habis hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke senarai yang terakhir.
Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa tahun. Ianya tidak mudah tetapi paling kurang anda sudah mempunyai sistem untuk bebas daripada hutang. Kelebihan daripada sistem ini bermula hanya daripada RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik sahaja hutang pertama anda habis.
Saya sendiri telah gunakan teknik bebas hutang ini dengan jayanya dan sekarang saya mahu anda mencubanya. Dan jangan lupa untuk menyimpan duit di ASB sebaik sahaja anda bebas dari hutang! Bila anda dah ada RM 20,000 dalam ASB itu bermakna anda sudah layak untuk ke tahap seterusnya dalam KEBEBASAN KEWANGAN! Hubungi saya dan saya akan kongsikan bagaimana dengan RM 20,000 itu anda akan menjana Income Pasif secara bulanan sepanjang hidup anda!
Jangan lupa berikan komen di blog ini jika anda mendapat sebarang hasil daripada teknik ini. See ya!
P/S : Jika anda masih tidak dapat menjimatkan RM 200 sebulan pada Langkah ke-8,apa yang perlu anda lakukan adalah mencari lebihan/income tambahan RM 200 sebulan.
No comments:
Post a Comment